Salam sejahtera..
Diucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog dan juga
pelanggan-pelanggan yang memberi kepercayaan kepada kami bagi membuat
dan menyiapkan projek pembinaan mahligai impian anda.
Ribuan terima kasih juga kepada para pelanggan kerana sabar menanti berikutan masalah cuaca yang tidak
menentu dan juga lambakan projek yang terpaksa disiapkan. Namun saya
berpuas hati kerana kebanyakan projek disiapkan dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Demi meningkatkan produktiviti syarikat, syarikat kami telah membuat
usahasama dengan kawan-kawan kontraktor yang banyak membantu membekal
tenaga pekerja dan juga bantuan teknikal serta bantuan utiliti yang amat
diperlukan sewaktu lambakan projek yang perlu disiapkan.
Dan sekali lagi saya ingin membuat pengumuman, bahawa syarikat kami amat
bersedia menerima projek berkaitan dengan loan atau pinjaman kerajaan
dimana sebelum ini kami menolak projek seperti ini disebabkan kekurangan
dana. Sekarang alhamdulillah kami sedia menerima dan mempunyai dana
serta tenaga mahir yang cukup untuk menyiapkan projek dengan kuantiti
yang tinggi.
Diharap dengan majunya selangkah syarikat kami akan terus berkembang dan
terus mendapat sokongan dari para pelanggan yang tidak putus-putus
menyokong syarikat bumiputra.
Sekian terima kasih..
Ikhlas dari,
Marketing Manager
ZNA Construction.